Kelas Asas ICT (Asas Rangkaian)

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 14 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Asas Rangkaian atau Networking Basis’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenal asas rangkaian komputer dan internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diajar dan diterangkan pengertian rangkaian secara amnya, jenis-jenis rangkaian komputer dan internet seperti Personal Area Network (PAN), Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN) dan Metropolitan Area Network (MAN), fungsi dan kelebihan setiap jenis rangkaian serta perkembangan terkini mengenai rangkaian internet dan komputer. Terdapat sesi soal jawab pada akhir kelas untuk menguji pemahaman peserta tentang apa yang telah diterangkan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali